PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA KUMPULAN 1 SIRI 11/2014-

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia ! Ok, harini baru ada masa nak update blog dan entrynya bertajuk PLKN ! Satu program yang menarik bagiku. Haha. Let's checkitout ;)

Tanggal 27 JULAI 2013.  "Harini tarikh yang bermakna buat Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor tetapi tidak bagiku..."-itulah tweet yang ditweet oleh @farahaninorizan dalam akaun twitternya. Nak tau pasaipa? Sebab dia telah berjaya terpilih untuk menyertai PLKN Siri 11/2014. Dia punyalah rancang nak pi berjalan sana sini, ambik lesen cepat2, tengok2 dapat PLKN. Waktu tu tgh nak bukak posa dah pun, selepas aku dapat tau, tengok2 azan dah berkumandang menandakan waktu berbuka puasa telah masuk bagi kawasan Bukit Kayu Hitam serta kawasan yang sewaktu dgnnya. Abah dan mama memanggil ku dari meja makan dan aku pun menyahut seruan mereka lalu ke meja makan. Aku hanya berbuka dengan segelas air pada hari itu (tapi gelas tu agk besar&tinggi k). Tak dak mood nak makan la kononnya. Haha. Bulan 12, sampai jua surat dari JLKN. Aku dikehendaki melaporkan diri di Kem PLKN Sintok,UUM pada tarikh 6 Januari 2014. "Nasiblah..dekat..boleh pi tengok tiap2 minggu",kata abahku. Sewaktu ini, aku lebih bersemangat kerana ada jugak kawan dari SMSTSP dulu yang dapat kem yang sama iaitu Naufal dan Najdi.


HARI PENDAFTARAN/HARI PERTAMA DI KEM


Pagi 6 Januari 2014, aku pun bertolak ke Dewan Wawasan Jitra untuk mendaftar/melaporkan diri. Bawak semua la surat2, beg yang besaq jgk la..sehinggakan ayah Naufal menegurku,"Farah nak pi umrah ka PLKN?". Haha. Senang nak buh brg2 kata mamaku. Setelah selesai sesi mendaftar,aku dikehendaki naik bas PLKN yang disediakan iaitu bas uum 2. Sama dgn mereka berdua tu. "Good luck kakak,try your best and just enjoy the activities there", antara pesanan terakhir dari kedua ibu bapaku. Dalam bas, aku mula berkenalan dengan rakan di sebelahku. Berbangsa Cina, Tan Yi Ting namanya. Sangat baik dan peramah. Aku juga asyik melihat sorang perempuan di belakangku,rasa macam kenal tapi tak tau kenai bila tah. Aku berhasrat untuk mengenalinya di kem nanti. Setelah tiba di kem, kami dikehendaki berjalan sejauh berapa km tah untuk sampai ke dewan tempat melapor diri. Nasib baik tak payah bawak beg, tidak jenuh nak tarik meskipun beroda. Terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan di situ. Antaranya, pemeriksaan kesihatan, dorm&kompeni, smart solat dan kewangan. Dalam masa yang sama,aku telah berkenalan dengan perempuan tadi. Rupa-rupanya, dia merupakan kawan kepada Farah Elliyana dan namanya Farah Elyna. Dia bersekolah di SM Sains Kubang Pasu. Patutlah mcm ada rasa instinct farah2 nii. Haha. Dalam perjalanan ke dorm, seorang koperal telah memanggil, "Eh,baju hijau datang sini jap". Beliau merujuk kepada Farah Elyna. Dengan bersahaja, Farah Elyna meluru ke arahnya. Tiba2, aku juga dipanggil olehnya. "Kamu berdua ni betul ka 18 tahun? Atau tak cukup umur lagi..", soal Koperal Roslan (tengok nametag). Cehhh, kita ni punyalah cuak takut ada buat salah apa ka. Haiyaa. Sebelum beliau membenarkan kami berdua pergi, beliau menyoalku lagi,"Kamu dulu unit uniform ape?". "KRS",jawabku ringkas sambil senyum sedikit. "Saya nak mintak kamu beri command sikit boleh?". Haaa..passssang!. "Hmm..ramai orang kat dewan ni encik, malu la kami nanti," kami berdua cuba memberi alasan. Dia terdiam sebentar seraya membenarkan kami pergi. "Huh, legaaaa"....


Petang itu, kami dikehendaki mengambil pakaian di unit logistik. Lambat jugak la giliran wirawati. Boleh dikatakan dua jam kemudian. Berat jugak beg plastik warna hitam yang dibawa oleh wira2, aku memerhati. Tiba giliranku. Antara yang harus diambil=dapat free ialah tuala, pakaian kelas 2 pasang, pakaian pt 2 pasang, tudung biru muda 2 helai, pakaian celoreng 2 pasang, stokin putih 2, stokin hitam 2, stokin grey 2, kasut kelas, kasut sukan, spikeboot, berus kasut, kiwi, tali pinggang kelas & tali pinggang medan. Kes tu berat tengok depa bawak tadi. Selepas itu, kami diarah membawa beg plastik masing menggunakan pelbagai cara seperti membimbit, menjunjung sampai ke dewan makan tadi. Nasiblah, diberi kekuatan oleh-Nya untuk membuat demikian. :). Menurut Ketua Unit Logistik, itu diibaratkan pengorbanan kedua ibu bapa kita, betapa beratnya menanggung kesusahan, betapa letihya bekerja seharian untuk mendapatkan wang bagi menyara kita sekeluarga. Setelah itu, kami dibenarkan berehat di dorm masing2.  



Hmm..permulaan dah la kot noh..malas nak type sampai acara Penutup Perbarisan nuh. haha. okbye. :D

Comments