6MEI2014 :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seperti yang kita semua tau, tarikh 6 Mei setiap tahun merupakan hari jadi saya. Hahaha. Ok, ni nak crita skit apa yang berlaku kelmarin..


Malam itu. Dah pukul 12 agaknya kot. Aku masih belum tidoq, membalas tweet2 dan mesej2 ucapan besday yang dihantar oleh kawan2. Dengan tidak sengaja, mataku tertancap ke arah pintu bilik yang bewarna koko yang kelihatan Elegant tu. hihi. Aku melihat sekeping kad "HAPPY 18TH BIRTHDAY"

ditolak masuk secara perlahan-lahan melalui ruang kecil di bawah pintu. Kantoiii, aku pasti orangnya ialah abah&mamaku.Haha. Keesokkan paginya, aku membaca kad tersebut dengan sungguh terharu. Bait2 ucapannya sungguh menyentuh hatiku. Air di dalam kolam mataku seakan akan mahu tumpah, aku segera menyekanya. Mama masuk ke bilikku dan wish happy besday. Aku mengucapkan thank you lalu meraih dan mencium tangannya. Satu kucupan kasih seorang ibu dihadiahkan. Begitu juga dengan abah. :'''')  Sebenaqnya,hadiah dah dibelikan dah Sabtu lepas,,iaitu laptop Acer Aspire E1-470G..haha

Petang itu, mama menghantarku ke Institut Memandu Mustika Muhibah di Jalan Sintok, uum. Aku harus menjalankan Amali Pra-L (kereta). Aku berasa sedikit khuatir sebab aku bakal memandu buat pertama kalinya. "Takpa, kita nak belajaq". Haha. Tiba di kaunter, aku memberitahu tujuan aku ke situ. Selesai mendapatkan borang,aku menunggu guruku yang dikatakan bernama Sukeman. Dalam 15 minit menungu, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan. Itulah cikgunya, agakku. Dari jauh, dia bertanya, "Kamu cikgu mana?". Aku menjawab, "Cikgu Sukeman". Dia berkata lagi, "Hah? Cikgu Spiderman?". haha. Aku kuatkan volume skali lagi lalu dia memanggilku. "Mai sini, pakcik tukang kebun di sini, ganti cikgu kamu lah sebab cikgu kamu cuti harini..". Aku sedikit kehairanan tapi mengiakan saja. Dia bertanya, "reti bawak qheta dak?". "Dak pak cik, saya tak pernah bawak, ni first time..", jawabku bersungguh-sungguh. Dia kata ok takpa, mai saya ajaqkan dulu. Selepas dia mengajar mcm mna nak mulakan perjalanan, tukaq gear, bagi signal kanan kiri, belok dan berhenti, dia menyuruhku mencuba. Aku beralih ke tempat pemandu. 


"Mula2 buat apa?", soalnya. Aku menjawab sperti yang diajarkan. "Adjust seat, betulkan cermin, pastikan free gear". "Ok, cuba adjust seat tengok.". Walaupun dah habih adjust, aku berasa tidak begitu selesa. Lalu dia memberi bantal berbentuk square(cushion) yang org letak dlm kreta tu kepadaku. "Haa..okla skit". Haaha. Sejam yang pertama, aku bertanya sebanyak mungkin. "Kawalan stereng dah bagus, cuma kena pandai control clutch tu". Kalau dak, tu yang enjin dok mati tu. Haha. Lepas dah stabil bwk, aku sembang2, buat2 ramah pi la...haha. "Nama pak cik apa?". "Man.". "Pak cik cikgu Sukeman lah kan?", tanyaku sambil melihatya. "Yaa..cikgu la tu, saja ja tadi.". Nasib cikgu ni baik, boleh sembang2. "Haa..ni confident dah skit kamu bawak sampai saya pun nak terlelap dah,,tadi jenuh saya dok  bla..bla..bla..". "Pening aih saya kamu dok pusing litar ni byk kali". "Saya nak bagi biasa cikgu,,best pulak".. Haha. Skali tu aku nak tukaq kepada gear 2, tertukaq keepada gear 4. Nahhh..haha. "Tengoktu2", kata cikgu. Haha.  "Try naik bukit tengok". "Takpa,satgi saya ajaq mcm mna". Aku menurut ckp cikgu tu satu per satu. "Laaa..farah..tekan minyak tu byk skit takat 4 ka 5 pastu maintain pastu lepas clutch pelan2". "Buat skali lagi". "Bunyi dia tu saya ni sikit.". "Haa..tu boleh". "Ok dah, pusing seround dua pastu pi berhenti depan pejabat..tunjuk skit kat depa..". Amboi cikgu ni..haha.. Selesai sudah untuk harini. Tunggu Lesen L keluaq, boleh start latihan. "oK, terima kasih banyak cikgu.."


Setakat ini sajalah cerita saya. Sekian, terima kasih. Hahaha. 


Comments