TEMUDUGA IPG !:)

14 MEI 2014, RABU...

Jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 05:40 pagi. Lihat waktu yg dipaparkan di handphone pulak, haa betoilah. Eh, ada 1 mesej. balas dulu sat.haha. Lantas, aku segera bangun menuju ke biik air. Setelah siap membersihkan diri dan solat subuh, aku terus mencapai baju kurung yang tersedia digantung di almari. Untuk temuduga harini, aku mengenakan baju kurung kapas berwarna pink bercorak bunga2 kecil serta tudung KOKO muda. Aroma nasi lemak yg dimasak oleh mama menusuk hidungku. Namun, aku memilih untuk tidak menjamah apa2 makanan lagi sebab masih terlalu awal. Confirm sakit perut satgi. Meskipun abah berkali-kali mengingatkanku supaya makan sikit, aku memberi alasan tadi. haha. ok pun. 

Aku bertolak ke Institut Perguruan Guru Kampus Darulaman (IPDA) lebih kurang pukul 7.15 pagi. Setibanya di sana, sorang pakcik tu kata, pendaftaran di tingkat atas. Aku pun menuju ke tingkat atas perpustakaan. "Huishh,ramai jgk orang,dah la tak kenai sapa..", omelku di dalam hati. Aku pun ke kaunter C sebab dalam surat tawaran bilik temuduga ialah bilik C. Setelah sign di tempat yg dikehendaki, pengurus untuk temuduga harini menyuruh semua calon berkumpul untuk sedikit taklimat ringkas. "Calon pukul 9, sila duduk di atas kerusi, yang lain boleh tnggu di bawah dahulu.". 08.45 pagi, semak fail buat yang terakhir kalinya. Asingkan sijil original dan sijil yang telah difotostat. Pastu, tulis nama samaran dan lekatkan nametag salotape tu kat tudung. haha. salotape pun salotape laa. 

"Calon pukul 9, Bahasa Melayu, bilik C, 8 orang semua sila berbaris..." "Ok, mari masuk"...kata seorang panel penemuduga kami, berpakaian kemas, berwatakan menarik seperti seorang pensyarah tapi tak tau kat mana. Selesai letak fail masing2 di atas meja, kami dikehendaki duduk mengikut urutan. Aku duduk di kerusi no.4, sebelah kwn baru, Amira nama dia. Semua kawan baru..hehe. Panel lagi sorang pun masuk, temuduga dimulakan.. Ceritakan latar belakang kamu serba sedikit. 

* Tayangan video tentang seorang anak yang bernama Wan. Wan malas belajar, mendapat keputusan yang teruk, asyik bermain PS saja, tidak mendengar nasihat ibunya, berkawan dengan gangster, ada tatoo kat tangan kawan dia tu, guna kredit kad slumber ja enjoy dengan kawan2 di mall. Tayangan video tamat.

Panel 1 : Ok, kamu semua dah tonton kan video tadi. Saya nak dengar apa pendapat kamu tentang video tadi. Sorang2, mula dengan kamu(kerusi pertama). Kami memberi pendapat masing2.

Panel 1 : Sekarang ni, saya akan beri satu tajuk dan saya nak kamu bincangkan tajuk ini dalam 20 minit. Tajuknya ialah Apakah peranan KPM untuk mengatasi masalah gangsterisme. Saya tidak akan menganggu perbincangan kamu. Baiklah, boleh mulakan sekarang. 

Panel 2 : Baiklah,tahniah, kamu smua telah pun berbincang dengan baik. Kita masuk sesi pengetahuan am pula. Amira, apa yang kamu faham tentang 1Murid1Sukan?. Nama dua orang rakanku juga disebut untuk menjawab soalan tadi. ..........., apa yang kamu faham tentang PBS? Farah, apa pendapat kamu?. Aku cuba memberi pendapatku. Beliau turut menanyakan KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi) kepada rakan yang belum disebut namanya. 

Panel 1 : Ok, secara keseluruhannya, kumpulan kamu ini memberi kerjasama yang baik. Tetapi saya ada beberapa soalan terakhir. Soalan2 ini mungkin kamu akan kantoi dengan kami. Apakah ibu negeri Johor? "Johor Baru". Apakah ibu negeri Melaka? *sepi seketika...

Panel 2 : Kamu...? beliau menunjuk kearahku.."Aduuii,dah la tak sure..kataku di dalam hati". "Ayer Keroh, Maafkan saya tuan,saya tidak pasti". Hentam saja tapi memang salah pun aku rasa. Ok, semua orang tak pasti ?

Panel 1 : Semua orang dekat2 jitra ni kan? "Yaa..". IPDA ni terletak di daerah apa? "Kubang Pasu". Mukim apa? *Sepi seketika jugak. haha. ok, soalan terakhir. Semua orang kedah kan, gunung apakah yang paling tinggi di kedah? "Gunung Jerai,Gunung Keriang,Gunung Mat Cincang?".. Salah.. Tengok...kan saya dah kata..kamu mesti kantoi dengan saya..katanya sambil tersenyum. Sebenarnya, kami saja ja nak test Geografi kamu semua. Satgi dok balik risau pulak,,tak menjejaskan markah iv kamu pun. *kedengaran sedikit tawa*

Panel 1&2 : Ok, boleh ambik fail, temuduga dah tamat. Semoga kita jumpa lagi kalau ada rezeki, InsyaAllah. Balik doa banyak2 supaya dapat masuk mana2 IPG.  "Terima kasih tuan"..

#Alhamdulillah....lega...balik2 tu pakat tanya habih jawapan2 untuk soalan geo yang x boleh jawab tadi. hahaha.

sEkian,,wassalam..

Comments